Laporan Program

PROGRAM DENGUE PATROL SMK BUKIT NENAS 2015

          Dengue Patrol merupakan satu program pencegahan denggi yang ditaja oleh Sanofi iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Ia merupakan sebuah program usaha sama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Sanofi. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekolah memerangi denggi.

          Program yang julung kali diadakan di peringkat SMK Bukit Nenas ini telah mendapat sambutan dan sokongan baik semua warga sekolah dan penduduk setempat. Dimulakan dengan mesyuarat jawatankuasa program, kemudian agihan tugas jawatankuasa kepada yang terlibat.
Majlis pelancaran program Dengue Patrol peringkat SMK Bukit Nenas telah dilancarkan pada 26 Oktober 2015 bertempat di dewan Ibnu Khaldun SMK Bukit Nenas. Acara dimulakan dengan senamrobik yang disertai oleh pelajar dan guru..Majlis pelancaran dirasmikan oleh Penyelia HEM PPD Setiu iaitu Pn. Mok Khaltum bt Abdullah Kutty. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Pengetua Tn. Hj. Mohd Shariff b. Ab Latif diikuti dengan ucapan Penyelia HEM PPD Setiu Pn Mok Khaltum bt Abdullah Kutty. Program ini juga dirasmikan oleh beliau. Majlis pelancaran berjalan dengan lancar dengan kerjasama pelajar dan guru. Gimik pelancaran dimulakan dengan meletakkan ubat pemusnah jentik-jentik ke dalam tayar yang mengandungi air bertakung seterusnya diikuti dengan gimik semburan nyamuk.

          Antara aktiviti lain pada hari tersebut ialah ceramah kesihatan yang bertajuk Bahaya Demam Denggi. Ceramah disampaikan oleh unit Kesihatan daerah Setiu. Para pelajar memberi kerjasama yang baik dimana mereka memberi respon yang positif semasa sesi kuiz. Para pelajar juga didedahkan tentang bahaya denggi melalui pameran yang diadakan oleh unit kesihatan.
Selain daripada itu, pada 27 Oktober 2015 juga diadakan pertandingan melukis poster Gempur Denggi. Aktiviti berlangsung di dewan Ibnu Khaldun SMK Bukit Nenas, disertai oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Aktiviti bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar di samping menggalakkan penglibatan mereka dalam program ini.

          Pada 28 Oktober 2015, ahli Denggue Patrol telah membuat persembahan Dikir Barat Bahaya Denggi. Selain itu mereka juga diberi peluang untuk mendeklamasikan sajak berkaitan denggi. Aktiviti ini dilaksanakan selepas sesi perhimpunan mingguan iaitu pada hari Rabu. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan mendapat tepukan gemuruh daripada pelajar-pelajar.
       
Untuk aktiviti khidmat komuniti, ahli Dengue Patrol telah menyertai gotong royong perdana yang dianjurkan di sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan bagi memastikan kawasan sekolah bebas dari pembiakan Aedes. Aktiviti ini telah melibatkan ahli Denggue Patrol dan pelajar-pelajar lain. Pelajar-pelajar telah dibahagikan mengikut kumpulan dengan tugasan masing-masing iaitu mencari dan memusnahkan jentik-jentik dan membersihkan tempat pembiakan Aedes. Aktiviti ini sangat mendapat sokongan padu dan kerjasama baik semua warga sekolah.

          Selain itu juga, sekumpulan pelajar juga telah ditugaskan untuk mengedarkan pamplet berkaitan bahaya denggi sebagai hebahan kepada penduduk setempat mengenai penyakit ini. Kumpulan ini telah ditugaskan mengedarkan pamplet ke kawasan perumahan sekitar Kampung Bukit Nenas dan sekitar perumahan Kampung Sungai Tong, Setiu Trg. Aktiviti ini mendapat sokongan padu masyarakat setempat. Secara tidak langsung ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat setempat dalam usaha memerangi denggi.

          Diharapkan agar program ini terus mendapat sokongan daripada semua dalam usaha memerangi denggi.
 

No comments:

Post a Comment