Tuesday 10 November 2015

Khidmat Komuniti: Edaran Pamplet

Ahli Dengue Patrol sedang mengagihkan pamplet penduduk setempat

Sambutan baik dari penduduk setempat.

Monday 9 November 2015

Persembahan Pelajar Sempena Dengue Patrol

Sesi mendeklamasikan sajak




Persembahan Dikir Barat





Program Gotong-Royong Perdana

Pelajar sedang menjalankan aktiviti membersihkan kawasan sekolah

Mendapat kerjasama yang baik dari warga sekolah

Bekerjasama membersihkan kawasan astaka

Membersihkan kawasan sekitar 'court' Bola Baling

Membersihkan tong sampah.

Bekerjasama mengutip sampah

Mengenal pasti kawasan air bertakung dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

Pertandingan Melukis Poster Dengue Patrol


Para peserta khusyuk menyiapkan poster masing-masing

Antara hasil poster yang hampir siap

Tekun menyiapkan poster

Pelajar bersama poster 


Sesi melukis dan mewarna poster.


Mendapat sambutan baik daripada peserta-peserta.

Program Senamrobik Bersama Mencegah Denggi


Para pelajar berkumpul bersama menjalankan aktiviti senamrobik pada waktu pagi bersama guru-guru.

Bersedia untuk senamrobik

Bersemangat

Pelajar menghayati aktiviti senamrobik

Tuan Hj. Shariff Ab Latif, Pengetua SSTBN juga turut serta bersemangat menyertai acara senamrobik.

Saturday 7 November 2015

Majlis Pelancaran Program 'Dengue Patrol', SMK Bukit Nenas 2015

Majlis  Pelancaran Program 'Dengue Patrol' peringkat SMK Bukit Nenas telah dilancarkan pada 26 Oktober 2015, bertempat di Dewan Ibnu Khaldun SMK Bukit Nenas. Majlis dirasmikan oleh Pn. Mok Khaltum Abdullah Kutty, Penyelia HEM PPD Setiu.


Ucapan perasmian pelancaran Program Dengue Patrol SMK Bukit Nenas oleh Yg. Berusaha Pn. Mok Khaltum Bt Abdullah Kutty, Penyelia HEM PPD Setiu.


Ucapan aluan oleh Yg. Berusaha Tn. Hj Mohd. Shariff B. Ab. Latif, Pengetua SMK Bukit Nenas


Pelajar sedang mendengar amanat.


Khusyuk mendengar ucapan

________________________________________________________________________

Gimik Pelancaran Program


Meletakkan ubat untuk membunuh jentik-jentik

Antara gimik pelancaran


Pengetua juga turut serta dalam majlis pelancaran ini.

Gimik Pelancaran 

Ceramah 'Bahaya Denggi' oleh pegawai kesihatan.

Sesi menjawab kuiz



Antara yang memenangi kuiz

Khusyuk mendengar penerangan di meja pameran

Antara pameran yang disediakan

Replika Nyamuk Aedes

Kenali Denggi


PENGENALAN PROGRAM: Dengue Patrol Of Terengganu Sport School

PENGENALAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa denggi merupakan suatu masalah yang serius dewasa ini. Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit ini ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes. Oleh yang demikian,  pihak sekolah telah mengadakan program bebas denggi  untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk AEDES dan kesedaran akan bahaya  demam  denggi di  kalangan warga sekolah.


Program ini adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak  untuk  memastikan warga sekolah dan masyarakat setempat bebas dan selamat daripada serangan nyamuk aedes.   Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan punca dan bahaya denggi terhadap para pelajar, keluarga dan masyarakat sekitar.Disamping itu, program ini merupakan program yang dirancang khas untuk memberi maklumat, selain menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah kepada semua pihak.


RASIONAL


  • Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya denggi dan kesan-kesannya.
  • Meningkatkan ilmu tentang kesedaran dan bahaya denggi
  • Menggalakkan aktiviti membanteras penyakit denggi dengan komuniti sekolah dan juga masyarakat setempat.



MATLAMAT

  Memberi kesedaran kepada para pelajar, warga sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan nyamuk aedes di kawasan sekitar dan rumah mereka.


OBJEKTIF


  • Dapat mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan-kesannya.
  • Dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran daripada jangkitan denggi.
  • Membentuk pelajar yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap persekitaran mereka dan bertindak dengan segera.
  • Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya hidup sihat.
  • Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan denggi.
  • Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes. 
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat kondusif dan bebas pembiakan nyamuk Aedes